Selasa, 10 April 2012

Teknologi apa yang melibatkan sesuatu keputusan?

Teknologi merupakan sumber yang dapat digunakan dalam membuat sesuatu pekerjaan. Teknologi sebagai satu sumber tambahan yang dapat membantu seseorang membuat sesuatu keputusan. Misalnya, menggunakan teknologi dalam sesebuah organisasi. Sesebuah organisasi boleh menggunakan teknologi seperti telefon, email dan laman sosial  bagi memudahkan komunikasi antara organisasi dengan organisasi yang lain.

Apabila seseorang mempunyai perniagaan misalnya perniagaan jahitan pakaian, ia sangat memerlukan pasaran dan promosi yang sangat meluas. Oleh itu, teknologi sangat diperlukan dalam menentukan keputusan dalam perniagaan. Ahli perniagaan dapat menggunakan perniagaan online. Peniaga tersebut dapat bertemu dan berinteraksi dengan pembeli. Kesannya, peniaga dapat membuat keputusan sama ada hendak meneruskan jualan beli atau tidak dengan pembeli.


Selain itu, perniagaan juga menggunakan teknologi seperti mesin. Bagi perniagaan jahitan baju sangat memerlukan teknologi seperti mesin jahit elektronik. Mesin ini sebagai pembantu utama dalam menyediakan pakaian. Oleh itu teknologi sebagai penentu keputusan dalam kuantiti pakaian yang dihasilkan.

Kesimpulannya, teknologi sangat penting dalam perniagaan membuat keputusan sesuatu perniagaan. Tanpa teknologi berkemungkinan besar sesuatu keputusan dalam perniagaan akan timbul masalah antara dua pihak.

Isnin, 9 April 2012

Cara teknologi komunikasi memperkembangkan perniagaan jahitan pakaian

Dalam memperkembangkan hobi kepada perniagaan kita perlu menggunakan teknologi komunikasi. Teknologi komunikasi sangat penting dalam perkembangan perniagaan serta memudahkan seseorang mempromosikan produk yang hendak dipasarkan.
 
 
Antara teknologi komunikasi yang dapat digunakan seperti internet. Perniagaaan jahitan pakaian yang diadakan sangat mudah dipasarkan dan dipromosikan menggunakan internet seperti laman sosial iaitu facebook, blogger, twitter, email,  laman web dan banyak lagi.
 
 
Apabila seseorang itu pandai menggunakan teknologi memberi satu kelebihan kepada individu berkenaan. Misalnya, perniagaan jahitan pakaian menggunakan blogger memudahkan untuk memasarkan pakaian yang telah ia jahit iaitu dengan meletakkan gambar pakaian tersebut supaya orang yang melihatnya tertarik dengan gambar berkenaan seterusnya dapat menempah pakaian tersebut kepada tukang jahit berkenaan. Mengenai pembayaran ia boleh menggunakan pembayaran online. Urusan perniagaan akan dapat dijalankan dengan cepat dan lancar.

Teknologi yang relevan boleh memberikan impak positif jika digunakan dalam sesebuah perniagaan. Selain menjadi komponen penting dalam perniagaan, perhubungan harmoni di antara teknologi dan perniagaan harus diwujudkan. Jika penggunaan teknologi diabaikan, perniagaan akan hilang daya saing samada di peringkat tempatan dan global.
 
 
Oleh itu,  saya akan memilih untuk menggunakan teknologi komunikasi di dalam perniagaan saya. Saya percaya teknologi komunikasi sangat membantu  meningkat perniagaan ke arah yang lebih menguntungkan. Kesannya, jika kita suka melakukan sesuatu dan menganggap itu sebagai hobi, perkara ini akan memudahkan  memperkembangkan perniagaan yang lebih maju.

 


Hobi

Setiap orang pasti ada hobi. Hobi ini sangat memberi faedah kepada seseorang. Terpulanglah pada individu berkenaan mahu jadikan hobi itu sebagai kepuasan diri atau memberi keuntungan kepada dirinya. Tetapi bagi saya hobi memberi saya peluang untuk menghasilkan pendapatan yang lumayan jika kita dapat menggunakan hobi tersebut kearah kebaikan.

Bagi saya sangat memberi keuntungan kepada diri saya. Saya sangat meminati bahagian jahitan. Walaupun jahitan selalunya dipandang remeh tetapi saya menganggap jahitan adalah satu hobi yang sangat menguntungkan terutamanya saya dapat hasilkan pakaian yang cantik. Apabila saya dapat menyiapkan pakaian saya berasa sangat berpuas hati dengan hasilnya.



Saya sangat suka menjahit pakaian terutamanya pakaian perempuan seperti baju kurung, kebaya, kemeja, jubah moden dan lain-lain. Di samping itu, saya juga suka mencuba  jahitan baru seperti menjahit langsir, tudung muslimah serta barang-barang hiasan.

Apabila saya menghasilkan baju, apa salahnya saya mencuba untuk luaskan hobi saya ini sebagai satu perniagaan. Dengan kemahiran yang saya ada saya akan kembangkan serta dapat pendapatan yang lumayan. Tetapi untuk kembangkan hobi ini saya mesti ada strategi untuk menarik orang ramai tertarik untuk
menempah jahit pakaian dan membeli produk yang saya hasilkan.




















Ahad, 8 April 2012

Contoh teknologi komunikasi


setelit

Internet

Apa itu teknologi komunikasi?


Teknologi komunikasi ialah sebuah aplikasi dan menggunakan teknologi seperti komputer, software,  peranti elektronik serta media.Teknologi Komunikasi menjadikan komunikasi lebih efektif berbanding menggunakan keadah tradisional  iaitu tidak menggunakan teknologi. Komputer merupakan mesin membolehkan  program  dijalankan dengan lebih kompleks serta dapat mengulang prosedur dengan cepat, tepat, cepat menyimpan dan mendapatkan jumlah data yang besar. Software merupakan arahan yang dilaksanakan oleh komputer, kebiasaannya disimpan pada satu cakera magnetik atau pada peranti elektronik yang menggunakan komponen elektrik seperti transistor.

Contoh teknologi

Antara contoh teknologi:-





Telefon bimbit


Kapal terbang








Kenderaan bermotor

Lampu elektrik

Laptop

Sabtu, 7 April 2012

Apa itu teknologi?

Teknologi berasal dari bahasa Yunani, tekhnologia (tekhno: seni atau pekerjaan tangan;logia: area kajian), sehingga secara harfiah bererti kajian atau ilmu pekerjaan tangan. Teknologi dapat merujuk pada beberapa hal, iaitu

Dari empat acuan tersebut, teknologi dapat diartikan sebagai sekumpulan prinsip, pengetahuan, dan cara yang diikuti masyarakat mengenai penggunaan atau penerapan ilmu alam (sains) dan peralatan-peralatan yang dibuat umat manusia demi kemudahannya.



Teknologi tidak dapat dipisahkan dari kehidupan manusia. Kita menggunakannya dalam hidup sehari-hari. Contoh teknologi yang kita gunakan itu dapat dilihat pada benda-benda di sekitar kita, misalnya radio. Radio dikembangkan oleh Guilelmo Marconi dari Italia sejak tahun 1895. Konsep radio berkembang dari teori gelombang elektromagnetik. Radio berkembang pesat setelah Perang Dunia II dan membuka kemungkinan explorasi ruang angkasa.

Pengangkutan udara merupakan contoh teknologi yang membuat jarak menjadi semakin pendek. Pesawat terbang yang sukses ditemukan pada tahun 1903 oleh Wright bersaudara. Kemudian, kapal terbang pun berkembang pesat pada masa Perang Dunia II untuk keperluan militer. Setelah Perang Dunia II, bermulalah ada penerbangan pesawat komersial. Seiring dengan perkembangan zaman, pesawat dapat terbang semakin tinggi dan jauh.

Komputer juga merupakan contoh teknologi yang sangat memudahkan manusia. Pada awal dikembangkannya pada tahun 1945, komputer berukuran sebesar satu ruangan, tetapi kini komputer dapat berukuran sangat kecil dan dapat dibawa ke mana-mana.

Teknologi pada dasarnya berkembang seiring dengan perkembangan peradaban manusia. Peradaban purba pun mengembangkan teknologi sederhana yang merupakan cikal bakal senibina, pengangkutan, komunikasi, persenjataan, dan bahkan pengkomputeran. Bangsa dari peradaban tertua dunia sudah mengenal teknologi tinggi berabad-abad silam dalam hal membuat bangunan-bangunan besar, misalnya piramid Mesir, koloseum Romawi, Taman Gantung Babilonia, Mohenjo Daro, Tembok Raksasa Tiongkok, dan Candi Borobudur.


Contoh komunikasi

Apa itu komunikasi? dan apa contohnya...? Pemahaman komunikasi agak sukar dijelaskan dan ianya sangat meluas.

Komunikasi dapat dilihat kepada komunikasi interpersonal, komunikasi intrapersonal, komunikasi kumpulan kecil, komunikasi awam dan komunikasi massa.

1. Komunikasi Intrapersonal
-merujuk kepada komunikasi dengan diri sendiri
-contoh: berazam untuk berjaya dalam hidup.


2. Komunikasi Interpersonal
-melibatkan komunikasi dua individu
-contoh: dua sahabat sedang berbincang mengenai tugasan yang hendak dilakukan.

3. Komunikasi kumpulan kecil
-komunikasi kumpulan kecil adalah satu himpunan individu yang berstruktur dan berkongsi maklumat
-merujuk kepada satu kumpulan yang mempunyai tiga hingga dua belas orang.
-contoh: perbincangan sesebuah organisasi dalam sesuatu projek.


4. Komunikasi Awam
-merujuk kepada pengucapan awam
-contoh: program motivasi atau parti politik

5. Komunikasi Massa
 -merujuk kepada media massa
-contoh: komunikasi menggunakan surat khabar, majalah, radio televisyen , filem dan lain-lain.

Rabu, 4 April 2012

Apa itu komunikasi?


               

Apabila kita memperkatakan mengenai maksud komunikasi, pelbagai pihak akan mentafsirkan menurut keperluan dan kefahaman masing-masing. Ada yang mengatakan komunikasi adalah berinteraksi, berbincang ataupun mendiamkan diri. Menurut pandangan Dance(1970), terdapat 15 aspek komunikasi yang berbeza. Ia meliputi konsep seperti simbol, pemahaman, interaksi, pengurangan ketidakpastian, proses, replikasi memori, perubahan sikap, rangsangan niat dan kuasa.

Dalam konteks simbol, komunikasi dilihat sebagai pertukaran verbal sesuatu idea dan pemikiran. Dari aspek pemahaman , komunikasi ialah proses memahami antara satu sama lain. Manakala aspek perhubungan, komunikasi ditakrifkan sebagai interaksi yang membolehkan manusia mencapai pemahaman yang sama. Dalam aspek proses komunikasi dilihat sebagai transmisi , idea , emosi, kemahiran dengan penggunaan simbol seperti gambar. Dari segi tujuan, sumber mempunyai tujuan tertentu apabila menyampai mesej kepada penerima.

Dalam konteks definisi ini, komunikasi ditafsirkan sebagai proses pemahaman maksud yang disampaikan oleh pengirim kepada penerima dengan tujuan kebaikan bersama. Ini kerana sebarang proses komunikasi yang tidak mewujudkan kefahaman adalah tidak bermakna. Tambahan pula jika ianya bukan tujuan kebaikan bersama tidak akan wujud keberkesanan proses komunikasi.

setelah melihat tafsiran komunikasi kita perlu melihat fungsi komunikasi. Fungsi komunikasi yang diutarakan juga mempunyai pelbagai perspektif sesuai dengan bidang komunikasi yang berkembang pesat dengan selaras dengan perkembangan tamadun manusia.