Dalam memperkembangkan hobi kepada perniagaan kita perlu menggunakan teknologi komunikasi. Teknologi komunikasi sangat penting dalam perkembangan perniagaan serta memudahkan seseorang mempromosikan produk yang hendak dipasarkan.
Antara teknologi komunikasi yang dapat digunakan seperti internet. Perniagaaan jahitan pakaian yang diadakan sangat mudah dipasarkan dan dipromosikan menggunakan internet seperti laman sosial iaitu facebook, blogger, twitter, email, laman web dan banyak lagi.
Apabila seseorang itu pandai menggunakan teknologi memberi satu kelebihan kepada individu berkenaan. Misalnya, perniagaan jahitan pakaian menggunakan blogger memudahkan untuk memasarkan pakaian yang telah ia jahit iaitu dengan meletakkan gambar pakaian tersebut supaya orang yang melihatnya tertarik dengan gambar berkenaan seterusnya dapat menempah pakaian tersebut kepada tukang jahit berkenaan. Mengenai pembayaran ia boleh menggunakan pembayaran online. Urusan perniagaan akan dapat dijalankan dengan cepat dan lancar.
Teknologi yang relevan boleh memberikan impak positif jika digunakan dalam sesebuah perniagaan. Selain menjadi komponen penting dalam perniagaan, perhubungan harmoni di antara teknologi dan perniagaan harus diwujudkan. Jika penggunaan teknologi diabaikan, perniagaan akan hilang daya saing samada di peringkat tempatan dan global.
Oleh itu, saya akan memilih untuk menggunakan teknologi komunikasi di dalam perniagaan saya. Saya percaya teknologi komunikasi sangat membantu meningkat perniagaan ke arah yang lebih menguntungkan. Kesannya, jika kita suka melakukan sesuatu dan menganggap itu sebagai hobi, perkara ini akan memudahkan memperkembangkan perniagaan yang lebih maju.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan