Assalamualaikum,
Hari ni saya nk kongsi cikit mengenai tugasa sebagai pengamal perhubungan awam.. ( saya pon masih belajar dalam perhubungan awam, mungkin dengan ini saya dapat berkongsi sedikit ilmu mengenai apa itu perhubungan awam. )
Perhubungan awam adalah satu profesion yang memerlukan pengetahuan
sains sosial yang luas dan kemahiran komunikasi.Seorang pengamal
perhubungan awam perlu mengikuti kursus ini secara formal di instisusi
pengajian tinggi (IPT) sama ada di dalam negara atau di luar
negara.Seseorang itu akan diperkenalkan kepada perkembangan perhubungan
awam dan isu-isu berkaitan dengan profesionalisme ini. Kemahiran dan
penulisan dan ucapan juga menjadi asas dalam praktik perhubungan awam.
Antara su-isu utama dalam pengurusan perhubunganawam seperti penelitian
terhadap bagaimana sesebuah organisasi akan berusaha untuk mewujudkan
keseimbangan dengan hubungan beberapa kuasa yang bersaing di
persekitaran. Ini meliputi kemahiran untuk menguruskan kuasa-kuasa
tersebut demi manfaat semua pihak. Tumpuan juga diberi kepada
konsep-konsep dan teori-teori pengurusan, sosiologi dan komunikasi.
Selain itu, para pelajar juga didedahkan tentang konsep, teori dan model
perhubungan awam/komunikasi sebagai suatu pendekatan ke arah
penyelesaian masalah dalam perhubungan awam.
Bidang perhubungan awam memerlukan individu yang mempunyai keterampilan Komunikasi,kemahiran mendengar, kemahiran menganalisis khalayak,
kemahiran berbahasa, kemahiran persembahan, kemahiran menyesuaikan diri,
prinsip etika dan tata susila komunikasi lisan. Mereka juga harus mahir
dengan penulisan dalam perhubungan awam kerana penulisan penting dalam
menyampaikan mesej organisasi tempat mereka bekerja misalnya melalui
kenyataan akhbar yang dibuat oleh organisasi itu.
Pengamal perhubungan awam harus cekap dalam tugas seharian, kreatif,
berkeyakinan, berani dan mampu berkominikasi dengan pelbagai peringkat
masyarakat, berkemahiran dalam penulisan serta memiliki personaliti menarik. Mereka juga boleh bertutur dan menulis dengan dalam bahasa Melayu dan Inggenis di samping perlu minat
dalam bidang tugas yang diceburi. Malah sanggup bekerja tanpa mengira
masa dan tempat sekiranya diarahkan.
Pengamal perhubungan awam dalam tugasan hariannya harus berpegang kepada
etika dan tatasusila perhubungan awam yang menjadi garis panduan dan
landasan kepada profesion ini.Daripada segi pendapatan, bidang
perhubungan awam menawarkan pendapatan yang lumayan dengan gaji
permulaan di sekitar RM1,500-RM2,000 berdasarkan kelayakan akademik dan
pengalaman kerja. Malah pengamal perhubungan awam yang berpengalaman
boleh memperoleh pendapatan yang lebih tinggi sekiranya mampu
menguruskan dan menawarkan perkhidmatannya sendiri.