Guru ganti atau guru sandaran
ni biasanya akan diperlukan bagi memenuhi kekosongan sementara guru
yang sedang bercuti atas sebab masalah kesihatan, bersalin, menyambung
pelajaran, atau sebab-sebab lain yang berkaitan. Kelayakan minimun
pemohon ialah SPM.
Mula-mula sekali kita perlu ke Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) di tempat
kita nak mohon. Contohnya kalau nak sekolah dalam daerah Kota Bharu,
mohonlah di PPD Kota Bharu di Jalan Telipot tu. Jangan pergi ke Jabatan
Pelajaran Negeri (JPN), sebab yang menguruskan guru ganti ialah pihak
PPD.
Bila nak ke PPD tu sila siapkan beberapa dokumen yang diperlukan, contohnya:
- Resume;
- Salinan kad pengenalan;
- Salinan surat beranak;
- Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
- Salinan sijil-sijil atau dokumen pengiktirafan yang berkaitan;
- Gambar Passport (1 keping).
Gambar passport tu diperlukan semasa kita mengisi borang yang
akan diberikan oleh pihak PPD nanti. Semua salinan sijil dan dokumen
yang hendak diserahkan tu pastikan disahkan terlebih dahulu. Sijil tak
perlu nak berkepul-kepul, cukup untuk menunjukkan kelayakan kita untuk
jadi guru ganti. Lepas dah siap semuanya, cuma tunggu panggilan daripada pehak mereka.
UNTUK LEBIH DETAIL TENGAK LAMAN WEB NI
mcam mana nak buat resume????
BalasPadam