Sabtu, 20 Julai 2013

tugas sebagai pengamal perhubungan awam

Assalamualaikum, 

Hari ni saya nk kongsi cikit mengenai tugasa sebagai pengamal perhubungan awam.. ( saya pon masih belajar dalam perhubungan awam, mungkin dengan ini saya dapat berkongsi sedikit ilmu mengenai apa itu perhubungan awam. )


Perhubungan awam adalah satu profesion yang memerlukan pengetahuan sains sosial yang luas dan kemahiran komunikasi.Seorang pengamal perhubungan awam perlu mengikuti kursus ini secara formal di instisusi pengajian tinggi (IPT) sama ada di dalam negara atau di luar negara.Seseorang itu akan diperkenalkan kepada perkembangan perhubungan awam dan isu-isu berkaitan dengan profesionalisme ini. Kemahiran dan penulisan dan ucapan juga menjadi asas dalam praktik perhubungan awam. Antara su-isu utama dalam pengurusan perhubunganawam seperti penelitian terhadap bagaimana sesebuah organisasi akan berusaha untuk mewujudkan keseimbangan dengan hubungan beberapa kuasa yang bersaing di persekitaran. Ini meliputi kemahiran untuk menguruskan kuasa-kuasa tersebut demi manfaat semua pihak. Tumpuan juga diberi kepada konsep-konsep dan teori-teori pengurusan, sosiologi dan komunikasi. 

Selain itu, para pelajar juga didedahkan tentang konsep, teori dan model perhubungan awam/komunikasi sebagai suatu pendekatan ke arah penyelesaian masalah dalam perhubungan awam.

Bidang perhubungan awam memerlukan individu yang mempunyai keterampilan Komunikasi,kemahiran mendengar, kemahiran menganalisis khalayak, kemahiran berbahasa, kemahiran persembahan, kemahiran menyesuaikan diri, prinsip etika dan tata susila komunikasi lisan. Mereka juga harus mahir dengan penulisan dalam perhubungan awam kerana penulisan penting dalam menyampaikan mesej organisasi tempat mereka bekerja misalnya melalui kenyataan akhbar yang dibuat oleh organisasi itu.

Pengamal perhubungan awam harus cekap dalam tugas seharian, kreatif, berkeyakinan, berani dan mampu berkominikasi dengan pelbagai peringkat masyarakat, berkemahiran dalam penulisan serta memiliki personaliti menarik. Mereka juga boleh bertutur dan menulis dengan dalam bahasa Melayu dan Inggenis di samping perlu minat dalam bidang tugas yang diceburi. Malah sanggup bekerja tanpa mengira masa dan tempat sekiranya diarahkan. 

Pengamal perhubungan awam dalam tugasan hariannya harus berpegang kepada etika dan tatasusila perhubungan awam yang menjadi garis panduan dan landasan kepada profesion ini.Daripada segi pendapatan, bidang perhubungan awam menawarkan pendapatan yang lumayan dengan gaji permulaan di sekitar RM1,500-RM2,000 berdasarkan kelayakan akademik dan pengalaman kerja. Malah pengamal perhubungan awam yang berpengalaman boleh memperoleh pendapatan yang lebih tinggi sekiranya mampu menguruskan dan menawarkan perkhidmatannya sendiri. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan