Isnin, 11 November 2013

SEMESTER 5 2013/2014

Hai,

Alhamdulillah, aku dah masok semester  5 sekarang, tak lama lagi dah nk masok tahun baru 2014 n tak lama lagi dah nk masok sem 6.. macam x caya ja aku dah nk last sem.. rasa macam baru je rejester kat UUM ni.. (dok perasan muda g padahal dh jadi super senior kat UUM)..

sekarang ni dah separuh semester aku dalam semester 5.. antara aktiviti dan pengalaman aku dalam semester ni:-
  • jadi fasilatator untuk budak junior baru masok sesi 2013/2014 (BIRO KESIHATAN)
  • jadi timbalan pengarah projek singging competition DPP
  • pengarah projek program HIAS RIAS SENI JAHITAN MANIK.. (dalam proses)
  • AJK protokol program ceramah "CINTA JANNAH"
  • Join program kelas pergi KL.. (buat sesi dialog bersama syarikat PETRONAS, PNB, SPRM, LHDM)
  • buat kajian pelancongan kat MUZIUM PADI..
  • ASSIGMENT len yang betimbun x siap g!!!! (serba sedikit coretan sem 5) 
Esok aku ada taklimat pasal Practical.. aku pon x tau adakah aku mampu melangkah ke arah alam pekerjaan nanti.. bak kata Cik Ayu, adakah kamu bersedia keluar dari universiti dan menempuhi alam pekerjaan kelak?.. adakah freshgraduate di dihasilkan dari UUM dapat memberi kesan terhadap company/majikan? freshgraduate seperti roti yang baru dibakar yang baru keluar dari oven dan adakah harumannya itu sampai kepada organisasi berkenaan.. (rasa takut plak nk keja nnt)..

sekarang ni aku da gak servey sikit2 pasal nk cari tempat practical, harap2 aku dapat la tmpat practical yg sesuai untuk aku nnt.. kawan2 aku pon da gak cibuk2 dok bincang psal ni...

semester 5 agak memeningkan kepala aku sikit, memang la sem ni aku tak la bik banyak sgt paper (6 paper ja..) tapi klo mai assigmt, melompat jugak la.. klo da test berderet2.. almaklumlah sem ni aku blajaq x sampai 4 bulan... x melompat aku.. tapi tak pa ini adalah satu cobaan buat aku.. 

nk cita cikit la, pada pembaca yang bakal nk rejester  masok universiti, hidup di universiti memang best.. mmg berbeza 98% alam sekolah dengan alam belajaq d universiti.. kat U kita kna byk berdikari.. klo dekat sekolah kita bayk mgharapkan cikgu tapi kat U semua buat sendiri.. tak kiralah cara belajar, buat tugasan, join program n byk lagi lah.. n yg paling penting cari sahabat yang dapat membimbing kita kat cn..

tak lama lagi akak kesayangan aku nk konvo kat cn.. TAHNIAH KAK NIZA.. walaupun kita hanya bersama 2 semester sja tapi tali perhubungan kita sangat rapat seperti kakak dan adik.. love u akka.. nnt leh la aku melaram jubah konvo.. tingin gak nak lambung2 topi mcam lam tv tu.. aku ni kna tunggu 2 thun g nk konvo...

but the way, im really2 hope i can enjoy lifetyle in universiti especially in semester 5.. 
#pada kawan-kawan harap sangat persahabatan kita akan kekal abadi... 


Jumaat, 2 Ogos 2013

TEKANAN DARAH TINGGI

Hai, 

Hari ni saya nak kongsikan penyakit org Malaysia sekarang ni (penyakit hypertensi) darah tinggi laa.. 

ni artikel aku nak kongsi dengan korang semua.. 

Darah tinggi: Pembunuh Senyap

Bersama:DATUK DR. NOR IZHAM AZIZ (Pakar Perunding Perubatan dan Kardiologi Hospital Pakar Putra Melaka)

TEKANAN darah tinggi (hipertensi) kadang-kala digelar “pembunuh senyap” kerana tidak menunjukkan apa-apa simptom pada peringkat awal tetapi menyebabkan bilangan kematian yang tinggi di kalangan penduduk negara ini dan juga di seluruh dunia.

Mengikut kajian yang dijalankan di Malaysia pada 2007, lebih 30 peratus daripada penduduk negara ini menghidap tekanan darah tinggi dan sebilangan besar penghidap terdiri daripada kaum Melayu, tidak kira di bandar atau desa.

Ini dengan secara tidak langsung menunjukkan cara hidup di bandar dan di desa tidak banyak perbezaan di samping faktor genetik juga berkemungkinan memainkan peranan yang besar.
Penyakit ini melibatkan lebih kurang lima hingga enam juta rakyat Malaysia dan bilangan kes makin meningkat disebabkan gaya hidup moden zaman kini.

Darah tinggi adalah penyebab utama penyakit serangan jantung (heart attack) lemah jantung (heart failure), kegagalan buah pinggang dan buta. Mujurlah penyakit ini senang dikesan dan boleh dikawal dengan menukar gaya hidup dan pengubatan.
 
* Fisiologi
Darah biasanya mengalir dalam dua fasa iaitu:
* Sistolik; apabila jantung berdenyut, darah mengalir keluar dari jantung dan tekanan darah akan naik.
* Diastolik; apabila jantung berehat seketika serta diisi dengan darah untuk denyutan selanjutnya, menyebabkan tekanan darah turun seketika. 

Ini bermakna tekanan darah akan turun dan naik mengikut denyutan jantung.
Ini menyebabkan tekanan darah mengandungi dua nilai iaitu sistolik yang tinggi dan diastolik yang rendah, contohnya 120/80 milimeter (mm) merkuri (Hg).

Tekanan darah juga berubah dari masa ke semasa sepanjang hari disebabkan emosi dan keadaan tubuh badan kita. Sebagai contoh, tekanan naik semasa bersukan dan tekanan turun sewaktu tidur. 

Tiga jenis hormon dari kelenjar adrenal iaitu adrenaline, noradrenaline dan aldosterone turut mempengaruhi tekanan darah. Rangkaian urat saraf dan hormon tadi mempengaruhi tekanan darah di dalam tubuh kita.

Biasanya sistem yang kompleks ini mengawal tekanan darah dan gangguan di dalam sistem ini menyebabkan darah tinggi.Kira-kira 90 peratus pesakit darah tinggi tidak ada penyebab yang khusus dan ini digelar Essential atau Primanory Hypertension. 
 
Beberapa faktor dapat dikenali mempunyai kaitan dengan Primanory Hypertension seperti tabiat pemakanan, aktiviti fizikal dan juga keadaan persekitaran.Fakta lain seperti kandungan garam dan lemak yang tinggi di dalam diet, obesiti dan kegemukan, kurang senaman serta kurang memakan sayur dan buah-buahan yang mengandungi nilai potassium yang tinggi. Selain itu, faktor genetik juga dilihat memainkan peranan penting.
 
Darah tinggi juga boleh disebabkan oleh penyakit-penyakit lain dan ini dinamakan “secondary hypertension” yang membabitkan lima peratus dari jumlah kes.Penyakit-penyakit tersebut ialah kegagalan fungsi buah pinggang (kidney failure), penyempitan pembuluh darah ke buah pinggang, tumor di kelenjar adrenal dan penyempitan pembuluh darah besar aorta.
Penyempitan pembuluh darah ini kadang kala dapat dirawat dengan pembedahan dan boleh menyembuhkan tekanan darah tinggi.

Selain itu, sesetengah jenis ubat juga boleh menyebabkan darah tinggi seperti steroid, cyclosporine, anti-depressant (kemurungan) dan ubat untuk sakit sendi dan tulang jenis NSAID (ubat antikeradangan bukan jenis steroid). 

* Simptom atau petanda darah tinggi
Darah tinggi pada peringkat awal tidak memberi sebarang petanda dan kadangkala tidak dapat dikesan hingga bertahun lamanya.
Kadangkala, pesakit akan mengalami sakit kepala tetapi biasanya darah tinggi dikesan semasa pemeriksaan rutin. 

Selalu juga tanda pertama darah tinggi ialah apabila pesakit menghidap komplikasi seperti strok, serangan jantung, lemah jantung atau masalah buah pinggang.
Kadang kala pesakit datang ke hospital dalam keadaan krisis dan tekanan darah melebihi 200/120 mm Hg. 

Tekanan darah yang tinggi sebegini boleh menyebabkan sakit dada, sesak nafas, sakit kepala, gangguan penglihatan, muntah-muntah dan juga sawan.
 
* Klasifikasi darah tinggi
Darah tinggi boleh diklasifikasikan mengikut tahap tekanan darah (mm Hg) seperti berikut:
KATEGORI Sistolik Diastolik

Optimum - <120<80
Normal - 120-129 80-84
Normal Tinggi - 130-139 - 85-89
Hipertensi Gred 1 (Ringan) - 140-159 - 90-99
Hipertensi Gred 2 (Sederhana) - 160-179 - 100-109
Hipertensi Gred 3 (Teruk) - >/180 - >/110
Hipertensi Sistolik Terpencil - >/140 - <90

Darah tinggi boleh dibezakan di antara sistolik dan diastolik. Biasanya hipertensi sistolik dihadapi oleh pesakit yang berumur 60 tahun ke atas di mana tekanan sistolik melebihi 140 mm Hg dan tekanan diastolik kurang daripada 90 mm Hg.

Sebaliknya pula, pesakit yang lebih muda mengalami tekanan sistolik melebihi 140 mm Hg dan tekanan diastolik juga melebihi 90 mm Hg. 

Di kalangan pesakit yang datang ke klinik atau hospital dan dikatakan mengidap darah tinggi, lebih kurang 20 peratus daripada mereka mempunyai tekanan darah yang normal apabila diperiksa sendiri di rumah.Golongan ini dinamakan ‘white coat hypertension’ (hipertensi kot putih). Biasanya doktor akan menggunakan alat pemantauan automatik yang boleh digunakan di rumah selama 24 jam untuk mengesan golongan ini (24 hours ambulatory blood pressure monitoring).
 
Di kalangan pesakit darah tinggi, ada juga yang tekanan darahnya tidak menurun sewaktu tidur dan kumpulan ini digelarkan ‘non dippers’.Golongan ini didapati menghadapi kadar komplikasi yang lebih tinggi. Ada kajian yang mengatakan bahawa ‘non dippers’ ini disebabkan terlalu banyak kandungan garam (sodium) di dalam darah dan rawatan untuk mengurangkan garam boleh menukar non dippers kepada “nocturnal dippers.”
 
* Komplikasi dari tekanan darah tinggi
Tekanan darah yang berlebihan boleh merosakkan pembuluh darah besar dan juga yang kecil.
Contoh kerosakan pembuluh darah yang besar adalah seperti strok dan serangan jantung dan contoh kerosakan pembuluh darah yang kecil ialah kegagalan buah pinggang dan gangguan penglihatan disebabkan kerosakan mata. 

Satu lagi komplikasi ialah ‘atrial fibrillation’ atau degupan jantung yang tidak stabil. Ini menyebabkan pesakit merasa berdebar-debar dan kadang-kala pening dan sesak nafas.
Darah tinggi juga menyebabkan jantung membengkak dan boleh berlarutan hingga ke peringkat lemah jantung.Satu lagi komplikasi ialah bengkak di saluran aorta (aneurisme). Aneurisme ini kadangkala terkoyak atau bocor dan berlaku pendarahan yang banyak. Komplikasi ini kerap menyebabkan pesakit maut.
 
* Pencegahan
Pencegahan darah tinggi adalah amat penting disebabkan kerosakan organ boleh bermula apabila tekanan darah melebihi 120/80 mm Hg dan sebelum dapat dikesan oleh doktor.
Pencegahan juga boleh mengelakkan daripada keperluan menggunakan ubat kelak dan merupakan cara yang terbaik untuk mengelak komplikasi.

Cara pencegahan adalah dengan mengubah cara hidup seperti mengurangkan berat badan, kerap bersenam, cara pemakanan yang sihat seperti memakan banyak sayur-sayuran dan buah-buahan serta mengurangkan kandungan garam dan lemak dalam masakan.

Kajian menunjukkan bahawa pemakanan yang seimbang dengan kandungan nutrien penting terutamanya potasium melebihi 4,000 miligram (mg) sehari boleh merendahkan tekanan darah. 

Selain itu, memakan sebanyak lima cawan sayur dan buah-buahan, tiga cawan bahan tenusu rendah lemak dan mengurangkan kegunaan garam sebanyak 1,500 mg sehari boleh merendahkan tekanan darah.

* Sindrom metabolik
Berat badan yang tinggi memainkan peranan yang penting dalam apa yang dinamakan sindrom metabolik. 

Sindrom ini boleh dikenali dengan adanya obesiti dengan Indeks Jisim Badan (IJB) atau BMI (Basal Metabolic Rate) yang melebihi 25 serta perut buncit selain ukuran pinggang yang melebihi 40 inci untuk lelaki, melebihi 35 inci untuk perempuan, diabetes, darah tinggi, HDL kolesterol (kolesterol baik) yang rendah dan triglyceride yang tinggi.

Kesemua penyakit ini boleh dielak jika kita menjaga berat dan ukuran pinggang yang sesuai. Biasanya jika berat badan dapat dikurangkan sebanyak 10 peratus, tahap tekanan darah juga dapat diturunkan.

* Diagnosis
Darah tinggi biasanya dikesan semasa pemeriksaan rutin atau semasa berjumpa doktor untuk masalah kesihatan yang lain.Selalunya doktor akan memeriksa tekanan darah dua atau tiga kali dalam masa yang berasingan untuk memastikan tekanan darah tinggi. 
 
Pesakit dinasihatkan jangan meminum kopi atau teh, jangan hisap rokok selama setengah jam dan berehat selama lima minit sebelum memeriksa tekanan darah.

Alat-alat pemeriksaan darah tinggi jenis elektronik juga boleh digunakan di rumah untuk mengesan golongan “white coat hypertension” dan untuk memantau tekanan darah setiap hari.

Doktor juga boleh menggunakan alat untuk merakamkan tekanan selama 24 jam (24 hours BP monitoring) kerana cara ini lebih tepat dan dapat mengesan golongan ‘non dippers’ yang menghadapi darah tinggi sewaktu tidur.

* Rawatan
Rawatan darah tinggi mementingkan kawalan tekanan yang tidak melebihi 140/90 mm Hg bagi mereka yang tidak mempunyai penyakit sampingan atau 130/80 bagi mereka yang menghidap diabetes, lemah jantung dan kerosakan buah pinggang. 

Penting juga bagi doktor untuk mengesan mereka yang menghidap ‘secondary hypertension’ supaya punca utama darah tinggi dapat dirawat.Biasanya rawatan darah tinggi dimulakan dengan memperbaiki cara hidup dengan pemakanan yang seimbang, mengamalkan cara hidup yang aktif, melakukan aktiviti fizikal dan senaman jika tekanan darah masih di peringkat satu.
 
Bagi pesakit dengan tekanan darah didapati terlalu tinggi (peringkat kedua), pesakit harus menggunakan ubat untuk mengawal tekanan darah. 

Di kalangan pesakit yang menghidap diabetes, lemah jantung, strok atau kerosakan buah pinggang, ubat biasanya digunakan pada peringkat satu dan tekanan darah perlu dikurangkan hingga ke 130/80 mm Hg.
 
* Ubat-ubatan
Terdapat pelbagai jenis ubat yang digunakan untuk mengawal tekanan darah. Biasanya doktor memilih ubat mengikut keadaan dan faktor-faktor kesihatan lain yang terdapat pada pesakit.
Contohnya di kalangan pesakit yang berumur 65 tahun ke atas dan menghidap hipertensi sistolik, ubat yang paling berkesan adalah dari kumpulan diuretic dan di kalangan pesakit diabetes pilihan pertama adalah angiotensin converting enzyme (ACE) inhibitors atau angiotensin receptor blocker.

Jika pesakit menghidap angina atau serangan jantung, beta-blocker adalah pilihan pertama. Di kalangan pesakit dalam peringkat pertama dan tiada tanda-tanda kerosakan organ, perubahan cara hidup boleh dicuba terlebih dahulu selama enam bulan hingga setahun. Jika tekanan darah masih melebihi 140/90 mm Hg, biasanya satu jenis ubat digunakan. 

Bagaimanapun di kalangan pesakit yang dalam peringkat kedua, kadangkala doktor memulakan dengan dua jenis ubat dengan serentak.
Terdapat ubat moden di mana dua jenis ubat disatukan di dalam satu pil dan ini menyenangkan pesakit dan menggalakkan mereka kekal memakan ubat setiap hari. Di dalam pemilihan ubat, kos juga menjadi faktor yang perlu dipertimbangkan.

* Rawatan jangka panjang
Pesakit yang menghidap tekanan darah tinggi biasanya menjalani rawatan seumur hidup dan selalunya berjumpa doktor antara satu hingga tiga bulan sekali. 

Di kalangan pesakit yang tekanannya tidak terkawal atau menghidapi masalah perubatan seperti sakit jantung, strok atau kerosakan buah pinggang haruslah berjumpa doktor setiap bulan.

Ada setengah pesakit di mana tekanannya susah dikawal dan memerlukan tiga atau empat jenis ubat. 

Kajian menunjukkan bahawa 50 peratus daripada pesakit memerlukan satu jenis ubat dan 30 peratus lagi memerlukan dua jenis ubat sementara bakinya pula memerlukan tiga atau empat jenis ubat untuk mengawal tekanan darah mereka.

Kajian juga menunjukkan bahawa 30 peratus daripada pesakit mempunyai tekanan darah tidak terkawal. 

Faktor pertama tekanan tidak terkawal adalah disebabkan ubat yang tidak mencukupi disebabkan pesakit tidak memakan ubat yang diberikan.

Ada kajian yang menunjukkan 50 peratus daripada pesakit berhenti makan ubat dan tidak berjumpa doktor dalam jangka masa setahun selepas bermulanya rawatan. 

Hakikat ini boleh difahami kerana penyakit darah tinggi selalunya tidak mendatangkan apa-apa gangguan dan ubat yang dimakan kadangkala menyebabkan kesan sampingan yang mengganggu kehidupan harian pesakit. Tetapi, adalah sangat penting ubat dan rawatan diteruskan memandangkan penyakit-penyakit yang serius yang boleh terjadi akibat tekanan darah tinggi yang tidak dikawal.
* Jenis-jenis ubat darah tinggi
* Diuretik 

Diuretik mengurangkan kandungan garam dan air di dalam badan dengan mengeluarkan bahan ini di dalam air kencing. Dengan ini tekanan darah dapat dikurangkan.
* Beta-blocker

Beta-blocker menyekat perjalanan hormon adrenaline dan noradrenaline. Ini mengurangkan kekuatan dan kelajuan denyutan jantung dan mengurangkan tekanan darah.
* Angiotensin converting enzyme (ACE) inhibitors atau Angiotensin receptor blocker (ARB)
ACE inhibitor dan ARB menyekat enzim yang mengeluarkan angiotensin II, satu bahan yang menyebabkan saluran darah mengecut. Ubat ini mengembangkan saluran darah dan menurunkan tekanan.

* Calcium channel blocker
Calcium channel blocker menyekat perjalanan kalsium ke sel di saluran darah. Ini menyebabkan saluran mengembang dan menurunkan tekanan darah.
* Alpha-blocker

Alpha-blocker menyekat isyarat saraf yang menyebabkan cengkaman saluran darah.


Artikel Penuh:

Khamis, 1 Ogos 2013

RESULT EXAM FINAL SEMESTER 4 KELUAR DAH!!!

waaa!!!!

Hari ni semua kawan-kawan aku dok excited nak tegak result final exam  kat portal UUM, termasuklah aku.. hari  ni memang line access portal jem dah pakat semua serbu nak tegak result masing2... tapi aku memang bernasib baik sebab dapat log in tengak result aku. Alhamdullillah semua lulus dengan cemerlang, baik dari semester lepas.. Nampak jugaklah huruf A dalam slip keputusan peperiksaan..

Tq to my prenzz wani, tak sangka kita sama2 pulun g library ari2 time exam da gak hasil dapat result cemerlang walaupun wani dapat result tinggi dari aku but ALHAMDULILLAH... tq jugak pada kawan hawa sama2 lawan baca buku ngan  kat pantry n sama2 buat ucapan gudluck kpd kwn2 yg tgh study kat radio NASIONALfm... (time 2pg) best gila!!! last2 buku ke mna study ke mana (kosong..kosong..kosong).. i love my campus life!!!

Pengalaman aku time exam sem 4 memang tak leh dilupakan.. tau dak apa!!.. first time aku pening sampai memusing satu bilik.. tak disangka2 aku p check pening pala aku kat PKU tgk2 aku ni darah tinggi.. sampai 180/100.. patut la aku macam nk tumbang ja ari tu.. sampaikan doktor pon buat muka pelik kat aku.. muda2 dh ada blood pressure.. x pasai2 kna masuk ward 1/2 hari..aku pon tak tau leh jd cam tu.. seb bek la time tu tinggal 1 paper g.. klo kna dia buat pening time hari first paper mampoih aku kna ripid sem depan...(nahi2)..

Alhamdulillah hasil berkat usaha, doa dan tawakal akhirnya aku lulus semua sbjek yg aku ambik.. finally aku dapat habiskan semester 4.. 

#selamat bertemu semester 5 2013/2014..
#tak sabaq nak study sma2 ngan spupu aku Rahmah sem depan.. (selamat datang ke UUM) 

 









Sabtu, 20 Julai 2013

CARA DAN PANDUAN PERMOHONAN GURU GANTI / GURU SANDARAN

Guru ganti atau guru sandaran ni biasanya akan diperlukan bagi memenuhi kekosongan sementara guru yang sedang bercuti atas sebab masalah kesihatan, bersalin, menyambung pelajaran, atau sebab-sebab lain yang berkaitan. Kelayakan minimun pemohon ialah SPM.

Mula-mula sekali kita perlu ke Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) di tempat kita nak mohon. Contohnya kalau nak sekolah dalam daerah Kota Bharu, mohonlah di PPD Kota Bharu di Jalan Telipot tu. Jangan pergi ke Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), sebab yang menguruskan guru ganti ialah pihak PPD.

Bila nak ke PPD tu sila siapkan beberapa dokumen yang diperlukan, contohnya:
  • Resume;
  • Salinan kad pengenalan;
  • Salinan surat beranak;
  • Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
  • Salinan sijil-sijil atau dokumen pengiktirafan yang berkaitan;
  • Gambar Passport (1 keping).
Gambar passport tu diperlukan semasa kita mengisi borang yang akan diberikan oleh pihak PPD nanti. Semua salinan sijil dan dokumen yang hendak diserahkan tu pastikan disahkan terlebih dahulu. Sijil tak perlu nak berkepul-kepul, cukup untuk menunjukkan kelayakan kita untuk jadi guru ganti. Lepas dah siap semuanya, cuma tunggu panggilan daripada pehak mereka.
 
UNTUK LEBIH DETAIL TENGAK LAMAN WEB NI


tugas sebagai pengamal perhubungan awam

Assalamualaikum, 

Hari ni saya nk kongsi cikit mengenai tugasa sebagai pengamal perhubungan awam.. ( saya pon masih belajar dalam perhubungan awam, mungkin dengan ini saya dapat berkongsi sedikit ilmu mengenai apa itu perhubungan awam. )


Perhubungan awam adalah satu profesion yang memerlukan pengetahuan sains sosial yang luas dan kemahiran komunikasi.Seorang pengamal perhubungan awam perlu mengikuti kursus ini secara formal di instisusi pengajian tinggi (IPT) sama ada di dalam negara atau di luar negara.Seseorang itu akan diperkenalkan kepada perkembangan perhubungan awam dan isu-isu berkaitan dengan profesionalisme ini. Kemahiran dan penulisan dan ucapan juga menjadi asas dalam praktik perhubungan awam. Antara su-isu utama dalam pengurusan perhubunganawam seperti penelitian terhadap bagaimana sesebuah organisasi akan berusaha untuk mewujudkan keseimbangan dengan hubungan beberapa kuasa yang bersaing di persekitaran. Ini meliputi kemahiran untuk menguruskan kuasa-kuasa tersebut demi manfaat semua pihak. Tumpuan juga diberi kepada konsep-konsep dan teori-teori pengurusan, sosiologi dan komunikasi. 

Selain itu, para pelajar juga didedahkan tentang konsep, teori dan model perhubungan awam/komunikasi sebagai suatu pendekatan ke arah penyelesaian masalah dalam perhubungan awam.

Bidang perhubungan awam memerlukan individu yang mempunyai keterampilan Komunikasi,kemahiran mendengar, kemahiran menganalisis khalayak, kemahiran berbahasa, kemahiran persembahan, kemahiran menyesuaikan diri, prinsip etika dan tata susila komunikasi lisan. Mereka juga harus mahir dengan penulisan dalam perhubungan awam kerana penulisan penting dalam menyampaikan mesej organisasi tempat mereka bekerja misalnya melalui kenyataan akhbar yang dibuat oleh organisasi itu.

Pengamal perhubungan awam harus cekap dalam tugas seharian, kreatif, berkeyakinan, berani dan mampu berkominikasi dengan pelbagai peringkat masyarakat, berkemahiran dalam penulisan serta memiliki personaliti menarik. Mereka juga boleh bertutur dan menulis dengan dalam bahasa Melayu dan Inggenis di samping perlu minat dalam bidang tugas yang diceburi. Malah sanggup bekerja tanpa mengira masa dan tempat sekiranya diarahkan. 

Pengamal perhubungan awam dalam tugasan hariannya harus berpegang kepada etika dan tatasusila perhubungan awam yang menjadi garis panduan dan landasan kepada profesion ini.Daripada segi pendapatan, bidang perhubungan awam menawarkan pendapatan yang lumayan dengan gaji permulaan di sekitar RM1,500-RM2,000 berdasarkan kelayakan akademik dan pengalaman kerja. Malah pengamal perhubungan awam yang berpengalaman boleh memperoleh pendapatan yang lebih tinggi sekiranya mampu menguruskan dan menawarkan perkhidmatannya sendiri. 


Khamis, 28 Februari 2013

Ada Brannn????

snap time naik bas sorang2.
Hai semua..

Hari ini dalam sejarah aku beranikan diri berjalan keliling UUM seorang diri, dari DDP naik bas sorang2 (sebab tak dak orang nak teman) ke DKG 3 pastu jalan ke kafe hijau kuning pastu pergi library sorang2.. dah la library tu besaq kedabak cari buku satu pon tak jumpa sebab banyak sangat buku kat sana.. time mula2 aku sampai library aku hantaq buku yg aku pinjam. Buku tu lah first aku pinjam time aku semester 4 nih.. 

Kena hantaq bukan buku bukan mcm kat kolah ada pustakawan, kat sini semua guna mesin.. Perpustakaan APEC katakan.. dah aku hantaq semua bila aku cek balik pengesahan buku yang aku hantaq tu tiba2 ja naik kata aku tak hantaq buku lagi 1 buah.. cuak gak aku.. Buku dah la mahai.. Kalau aku tak hantaq buku siap la tak leh konvo plak nnt.. Aku pon try tanya kat kaunter. Ni try cara manual plak lah ni.. Tau apa yg dia cakap dia kata dia sorang ja yg bertugas kat situ.. staff len dah balik.. Naik hangin la aku time tu.. Tapi aku kan jenis penyabar, aku pun terus ke masuk ke library n cari buku. Time aku cari buku tiba2 ja lampu terpadam satu demi satu.. dah la tak dak orang kat sana,(org tu ada tapi x ramai).. aku cuba gak cari buku.. da la jugak buku yang aku nak tu tapi nak habaq buku tu dah English, x larat aku nak translate.. last2 aku belah macam tu jalah..

#last2  cek nama aku lam system tgk2 smua dah clear.. alhamdulillah

Lepas selesai kat library aku pon jalan sorang2 pergi Mall UUM. Sekarang ni duit PTPTN baru masuk apa lagi ramai student kat sini shopping la. Ditambah pulak dapat baucer buku RM250.. Shopping sakan la.. La ni plak da PC Fair kat Mall, apa lagi membeli belah laa sebab boleh guna baucer.. aku pon angkat printer la.. Dah free katakan..

Lepas tu jalan lagi balik DPP (kolej kediaman).. tiba2 jumpa kawan lama.. pastu balik sama2 ngan dia.. bila sampai bilik apa g terlentang atas katil la jawabnya..

My DPP




dalam library PSB


bangunan baru PSB

pintu masuk PSB 

kawasan luar PSB

laluan jalan kaki nak pergi mall dari PSB.


Jumaat, 22 Februari 2013

Attack My Friend

Hai, 

Hari ni da cerita cikit.. da cerita syok da yg tak syok.. cerita tak syok dulu lah.. time pagi tadi masa aku makan sama2 ngan kawan aku.. aku rasa mcm aku  ni disisihkan, aku ingatkan depa dh dpt terima aku sbgai bff but ntah la.. kadang2 aku rasa sunyi sgt.. apa la nasib aku.. klo aku kat rumah tak pa aku leh buat hal sendiri tapi kat sini kna ada social life sama..  sekarang ni aku kena berserah sepenuhnya kepada Allah. sesungguhnya aku dah berusaha apa yg termampu. mungkin Allah akan beri lebih baik yg aku tak sangka2.. thank you Allah...

Ni cerita yang syok.. jeng3.. ptg td sambut birthday my kawan.. habih la kna tepung ngn aku2 sekali.. but im happy about that.. x sangka umor dah jangkau 20an n dah leh mengundi tau but perangai mcm budk2 g.. pengalaman ni akan ku ingat sampai bila2..

muka kna tepung  


hihihihi

ais krim.. 
 Happy birthday to Hawa n semoga success selalu.. 

Semoga semester 4 ni akan lebih bermakna pada aku dan mematangkan perjalanan ku di bumi sintok ni.
 ByE, ByE, ByE..